Tujuh keluarga di Teluk Intan dipindahkan

Limpahan air Sungai Batang Padang menyebabkan tujuh keluarga dipindahkan ke PPS.
Limpahan air Sungai Batang Padang menyebabkan tujuh keluarga dipindahkan ke PPS.
A
A
A

TELUK INTAN - Sebanyak tujuh keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap selepas rumah mereka dinaiki air awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik memaklumkan, PPS itu dibuka jam 2 pagi tadi bagi menempatkan mangsa dari Kampung Kunci 12 Headwork dan Kampung Sungai Kucing, Sungai Manik di sini.

“Ia berikutan keadaan limpahan air Sungai Batang Padang yang semakin naik ke kawasan penempatan penduduk dan setakat ini melibatkan tujuh keluarga.

Anggota APM masih menjalankan kerja-kerja memindahkan mangsa ke PPS yang dibuka awal pagi tadi.
Anggota APM masih menjalankan kerja-kerja memindahkan mangsa ke PPS yang dibuka awal pagi tadi.

“Mohon perhatian dan tindakan penyelarasan segera penyediaan dan pelaksanaan bantuan kecemasan daripada agensi-agensi daerah Hilir Perak,” katanya.

Pada masa sama, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang menjalankan kerja-kerja memindahkan mangsa ke pusat tersebut.

Artikel Berkaitan: