Tindakan pelik di dewan Majlis Perundangan Hong Kong

Ahli-ahli majlis perundangan di Hong Kong merupakan golongan minoriti. -Foto AFP
Ahli-ahli majlis perundangan di Hong Kong merupakan golongan minoriti. -Foto AFP
A
A
A

AHLI-ahli majlis perundangan Hong Kong telah menggunakan biji-bijian yang busuk, kek kacang merah, pisang dan sejumlah objek pelik untuk melakukan gerak-geri yang di luar kebiasaan di dalam dewan majlis tersebut.

Dalam satu sidang yang membangkitkan kemarahan ahli-ahli perundangan yang pro-Beijing, seorang ahli perundangan pro-demokrasi iaitu Ray Chan membaling baja yang berbau busuk ke atas permaidani hijau di dewan majlis perundangan pada Khamis lalu.

Kejadian itu berlaku pada hari ulang tahun pembanterasan para penunjuk perasaan Tiananmen, China yang berlaku pada tahun 1988. Chan berkata, sebuah balang yang mengandungi cecair berwarna perang mewakli rasa 'kebusukan' akibat tragedi pembanterasan itu.

Bagaimanapun, ahli-ahli majlis perundangan terpaksa keluar ketika kotoran itu dibersihkan. Tindakan membersihkan kotoran itu telah menyebabkan berlakunya penangguhan pembentangan satu rang undang-undang yang disokong oleh Beijing untuk menjadikan perbuatan yang menghina lagu kebangsaan China sebagai satu perbuatan jenayah.

Pihak pembangkang di dewan itu ditakdirkan akan mengalami kekalahan dalam pembentangan rang undang-undang tersebut.

Kumpulan pro-demokrasi pula berhujah bahawa gerak-geri di luar kebiasaan adalah satu-satunya cara untuk menyuarakan tentangan di dalam dewan perundangan. Majlis itu pula condong ke arah pihak yang pro-para pemimpin China.

Kumpulan yang menentang perbuatan di luar kebiasaan itu berkata, gangguan yang menyebabkan prosedur Majlis Perundangan terganggu itu akan melumpuhkam majlis tersebut yang membuat undang-undang.

Ketegangan antara ahli-ahli majlis perundangan pula kerap kali membangkitkan pergaduhan manakala jeritan yang membisingkan pula umpama telah menjadi satu rutin.

Artikel Berkaitan:

Gangguan yang berlaku dalam majlis perundangan itu merupakan salah satu alasan Beijing yang telah membuat pengumuman pada bulan lalu.

Beijing mengumumkan ia merancang untuk melaksanakan undang-undang keselamatan kebangsaan di bandar raya Hong Kong yang melangkaui majlis perundangan. Ia juga merupakan satu langkah yang mencetuskan `amaran.'

Sebelum ini, ketika penyerahan Hong Kong oleh Britain kepada China pada tahun 1997, Hong Kong berjanji diberikan kebebasan dan autonomi selama 50 tahun oleh China.

Majlis Perundangan merupakan salah satu daripada perjanjian itu, Namun, majlis itu dibentuk bagi memastikan kumpulan pro-demokrasi di bandar raya Hong Kong tidak akan dipengaruhi.

Seorang pengawal keselamatan membersihkan bangkai sotong yang dilemparkan oleh seorang ahli majlis perundangan di Hong Kong. -Foto AFP
Seorang pengawal keselamatan membersihkan bangkai sotong yang dilemparkan oleh seorang ahli majlis perundangan di Hong Kong. -Foto AFP

Hanya separuh daripada anggota majlis tersebut merupakan ahli-ahli yang dipilih.

Bakinya yang lain pula dipilih oleh kumpulan dikenali sebagai konstituensi fungsian. Ia terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang mewakili pihak industri, perbadanan, profesion dan pertubuhan-pertubuhan komuniti yang bergantung pada undian pro-Beijing.

Akibatnya, ahli-ahli pembangkang yang menjadi minoriti dalam majlis tersebut telah lama mengambil jalan keluar untuk melakukan gangguan dan protes dalam majlis perundangan.

Sementara itu, Undang-undang lagu kebangsaan itu pula akan menghukum sesiapa yang menghina lagu kebangsaan China iaitu dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun. Ia merupakan rang undang-undang yang telah mencetuskan kekecohan dalam majlis perundangan.

Kumpulan ahli-ahli perundangan yang pro-demokrasi pula menggunakan taktik menghalang perdebatan dan undian daripada dibentangkan selama beberapa bulan dengan ahli-ahli majlis perundangan yang berbeza pendirian pula bergaduh sesama sendiri.

Pada minggu lalu, seorang ahli Majlis Perundangan membaling bijian-bijian yang busuk ke arah presiden majlis tersebut sebagai tanda protes.

Pada masa lalu, satu lagi objek dibaling oleh ahli-ahli pembangkang majlis perundangan yang dikenali sebagai dorayaki iaitu sejenis kek Jepun yang diperbuat daripada kacang merah.

Dalam pada itu, satu watak kartun Jepun yang popular iaitu Doraemon menggunakan kek tersebut untuk memastikan orang ramai menceritakan perkara yang sebenar.

Akibatnya, ahli-ahli majlis perundangan Hong Kong menggunakan dorayaki sebagai cara untuk menuduh pesaing mereka melakukan penipuan.

Pada tahun 2008, pisang telah dibaling ke arah pemimpin bandar raya Hong Kong sebagai tanda bantahan tentang pemotongan elaun untuk warga emas ketika para penentang berhujah pemotongan tersebut memberi amaran golongan miskin tidak mampu membeli buah-buahan segar.

Protes dalam majlis perundangan juga mencetuskan krisis perlembagaan.

Pada tahun 2016, sekumpulan ahli majlis perundangan yang baru dilantik memegang bunting protes pada majlis angkat sumpah.

Tindakan itu telah menyebabkan Beijing mengisytiharkan angkat sumpah itu tidak sah dan ahli-ahli majlis perundangan disingkirkan daripada jawatan oleh mahkamah Hong Kong.

Perbuatan gemar membaling objek turut berlaku di luar majlis perundangan.

Pada tahun 2013, seorang penunjuk perasaan membaling satu patung beruang yang dibeli daripada gedung Ikea ke arah pemimpin Hong Kong, Leung Chun-ying.

Patung beruang itu kemudiannya telah laris dijual di cawangan Ikea di Hong Kong.

Chun-ying diberi gelarang sebagai serigala kerana nama keluarganya adalah sama dengan dunia serigala dalam bahasa Cina. Para pengkritiknya tidak menyukai kelicikannya dalam berpolitik. - AFP