Perlucutan jawatan Akram sebagai MPT Bersatu dibatalkan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Jawatan Akram Shah Mohd Gadafi Sanusi sebagai Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dikembalikan malam tadi.

Akram berkata, beliau menerima surat berhubung perkara itu ketika menghadiri mesyuarat tergempar parti itu.

"Agak melucukan malam tadi (kelmarin) saya terima kepilan surat saya dilucutkan lantikan MPT melalui WhatsApp.

"Namun saya adakan perbincangan dengan(Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan dibenarkan menghadiri mesyuarat malam ini.

"Kemudian malam ini saya menerima surat bahawa perlucutan jawatan saya sebagai MPT itu dibatalkan," katanya kepada media.

Beliau keluar lebih awal sebelum mesyuarat Bersatu berakhir malam tadi.

Akram berkata, majoriti akar umbi mahu lima MPT yang tergugur sebelum ini kembali ke pangkuan Bersatu.

"Kita mahukan semua hadir ke mesyuarat membolehkan kita semua bertanya apakah masalah menyebabkan Dr Mahathir dan ahli lain tidak duduk bersama dalam Perikatan Nasional (PN)," katanya.

Artikel Berkaitan: