Pekerja bank maut SUV terhumban dalam parit

Mangsa maut di lokasi kejadian.
Mangsa maut di lokasi kejadian.
A
A
A

KLANG - Pengurus operasi sebuah bank maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya terbabas masuk ke dalam parit dalam kejadian di Jalan Kebun Nenas, Bandar Putera, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa, Yap Kian Soon, 38, disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kenderaan jenis Hyundai Tucson dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Sentosa selepas keluar bersama rakannya.

"Ketika melalui selekoh di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam parit.

"Kemalangan menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduknya dan terpaksa meminta bantuan bomba untuk mengeluarkan mangsa," katanya kepada Sinar Harian.

Shamsul Amar berkata, mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian akibat lemas.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: