Ramai penjaja KL tiada lesen

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman
Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hikmah musibah koronavirus (Covid-19) membuka mata pemimpin untuk membantu memudahkan peniaga mendapatkan lesen dan bertegas dalam isu lambakan peniaga warga asing di ibu negara.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, beliau menyambut baik keprihatinan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang membela nasib penjaja apabila membantu Minah Awang, 71, atau Che Nah mendapatkan lesen perniagaan semalam.

Menurutnya, kes Che Nah itu hanya satu contoh penjaja lain yang puluhan tahun berniaga di Kuala Lumpur namun tidak memiliki lesen perniagaan disebabkan pelbagai masalah.

"Saya lihat ada perubahan apabila menteri sendiri turun padang melihat keadaan peniaga. Kita boleh nampak kesungguhan dan jiwa prihatin beliau kepada masyarakat.

"Covid-19 menyebabkan ramai rakyat susah dan tidak boleh berniaga jadi saya alu-alukan kesungguhan beliau (Annuar) membantu warga kota dalam isu ini," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam masa sama katanya, beliau berharap ada penambahbaikan data daripada Jabatan Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung penjaja tidak berlesen.

"Saya minta menteri semak sama ada DBKL mempunyai data penjaja tidak berlesen dalam Kuala Lumpur atau sebaliknya. DBKL bukan hanya perlu jaga mereka yang ada lesen sahaja yang tidak ada lesen juga perlu direkod.

"Saya juga minta supaya warga asing dikeluarkan segera dari Kuala Lumpur kerana menyebabkan persaingan kepada orang tempatan yang bukan hanya bersaing dengan orang Indonesia tapi juga Myanmar, Bangladesh dan lain-lain," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, beliau berharap supaya penguatkuasaan dijalankan secara menyeluruh terutama bagi kes warga asing yang bukan hanya tertumpu kepada satu lokasi tetapi di kawasan hotspot lain.