Setiausaha Politik GPS buat laporan polis berhubung status FB

Sekumpulan setiausaha politik Gabungan Parti Sarawak (GPS) diketuai oleh Alexander Asing (depan, tengah) membuat laporan Polis hari ini terhadap anggota DAP Dr John Brian Anthony berkaitan catatan dalam laman sosial Facebook yang didakwa memfitnah pakatan itu. - Foto Bernama

A
A
A

KUCHING - Sekumpulan setiausaha politik Gabungan Parti Sarawak (GPS) diketuai oleh Alexander Asing membuat laporan polis hari ini terhadap anggota DAP, Dr John Brian Anthony berkaitan catatan dalam laman sosial Facebook yang didakwa memfitnah pakatan itu.

Mereka yang terdiri daripada 32 orang itu membuat laporan terhadap John Brian yang juga Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu, di Balai Polis Simpang Tiga di sini pada 11.30 pagi tadi.

“Kami mendapati catatan itu mempunyai kesan serius yang boleh menjejaskan hubungan antara pelbagai masyarakat di Sarawak dan mahu polis menyiasat perkara itu,” katanya ketika ditemui pemberita di balai polis itu.

GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDB) ditubuhkan pada Jun tahun lepas.

Keempat-empat parti berkenaan (secara kolektif dikenali sebagai BN Sarawak) sebelum ini bersama BN sebelum parti yang memerintah negara ini sejak merdeka, dikalahkan pada Pilihan Raya Umum yang lepas pada Mei 2018.

Bagaimanapun, BN Sarawak kekal berkuasa di negeri ini tetapi membuat keputusan untuk keluar daripada BN. - Bernama

Artikel Berkaitan: