George Floyd disahkan positif Covid-19

Penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi Oakland, California bagi membantah kekejaman polis AS hingga menyebabkan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd. - Foto AFP
Penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi Oakland, California bagi membantah kekejaman polis AS hingga menyebabkan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd. - Foto AFP
A
A
A

MINNEAPOLIS - Hasil autopsi yang dilakukan ke atas mayat George Floyd, seorang lelaki kulit hitam yang mati dalam tahanan polis Amerika Syarikat (AS) pada 25 Mei lalu mendapati mangsa positif koronavirus (Covid-19).

Agensi berita Reuters melaporkan, jangkitan itu bagaimanapun tidak disenaraikan sebagai faktor kematiannya.

Menurut laporan 20 halaman yang diterbitkan semalam oleh Pejabat Pemeriksa Hennepin County, Floyd meninggal dunia akibat kegagalan kardiopulmonari selepas salah seorang anggota polis melutut dan menekan lehernya selama hampir sembilan minit.

Laporan bedah siasat turut menyebut sampel swab hidung yang dikumpulkan daripada mayat lelaki berusia 46 tahun itu kembali positif Covid-19 selepas dia disahkan dijangkiti virus buat kali pertama pada 3 April lalu hampir lapan minggu sebelum kematiannya.

Ketua pemeriksa, Dr Andrew Baker menyimpulkan bahawa hasil ujian bedah siasat berkemungkinan besar menunjukkan asimtomatik tetapi berterusan positif daripada jangkitan sebelumnya.

"Tiada petunjuk dalam laporan autopsi bahawa virus penyebab kematiannya," katanya.

Sementara itu, Dr Michael Baden yang merupakan salah seorang daripada dua pemeriksa perubatan yang melakukan autopsi peribadi untuk keluarga Floyd memberitahu New York Times, pegawai daerah tidak pernah memaklumkan kepada Baden atau pengarah pengebumian bahawa mangsa dijangkiti Covid-19. - Agensi

Artikel Berkaitan: