Barcelona destinasi terbaik Martinez

Lautaro Martinez
Lautaro Martinez
A
A
A

PENGENDALI skuad kebangsaan Argentina, Lionel Scaloni menganggap Barcelona sebagai destinasi terbaik Lautaro Martinez mengembangkan kariernya.

Menurutnya, penyerang berusia 22 tahun itu dapat membentuk lebih keserasian bersama kapten Argentina dan Barca, Lionel Messi jika berhijrah ke Nou Camp.

“Saya yakin Martinez akan lebih cepat mengembangkan potensi dirinya dan matang dalam corak permainannya jika dia bermain bersama Messi.

“Pada saya, aura Nou Camp akan mengubah karakter Martinez pada masa depan. Itu impak sampingan jika dia memutuskan untuk berpindah ke Barcelona musim depan,” katanya.

Martinez berjaya menikmati musim memberangsangkan bersama Inter Milan pada saingan Serie A kali ini sebelum penangguhan liga akibat pandemik Covid-19.

Di San Siro, dia menjadi 'mesin gol' skuad Nerrazurrisehingga menjadi tumpuan Barcelona yang berhajat merekrutnya pada musim panas ini.

“Martinez perlu berusaha meraih kepercayaan jurulatih kerana persaingan di posisi penyerang begitu sengit kerana Barca masih memiliki Luis Suarez. Namun, saya tidak nampak sebarang masalah bagi Martinez berada dalam kesebelasan utama Barca,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: