Tujuh bot pelancong langgar syarat

Anggota polis marin melakukan pemeriksaan ke atas bot pelancong di perairan Langkawi.
Anggota polis marin melakukan pemeriksaan ke atas bot pelancong di perairan Langkawi.
A
A
A

LANGKAWI - Tujuh bot pelancong ditahan dalam Op Gelora sekitar perairan Langkawi kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Langkawi, Deputi Suprintenden Polis (DSP) Rohizan Mohamad Saaid berkata, kebanyakan bot pelancong yang diperiksa itu melakukan kesalahan bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, iaitu gagal menunjukkan lesen bot dan bot tidak didaftarkan.

Menurutnya, kebanyakan pengusaha masih mengabaikan aspek keselamatan penumpang, apabila menggunakan jaket keselamatan yang usang selain jaket keselamatan tidak mencukupi.

“Malah sebahagian bot pelancong itu berani membawa penumpang melebihi jumlah ditetapkan, dan ini membahayakan nyawa penumpang,” katanya.

Bot peronda pasukan polis marin mendekati bot pelancong untuk pemeriksaan.
Bot peronda pasukan polis marin mendekati bot pelancong untuk pemeriksaan.

Rohizan berkata, pihaknya akan melakukan pemeriksaan secara berterusan bagi memastikan keselamatan pelancong diberikan keutamaan oleh pengusaha dan pengendali bot pelancong.

“Kita akan terus mengadakan operasi seumpama untuk pastikan pengusaha dan pengendali bot pelancong di Langkawi sentiasa mematuhi undang-undang dan menitikberatkan keselamatan penumpang,” katanya.

Menurutnya, Op Gelora ini bermula sejak Khamis lalu dan dijangka berakhir esok.

Artikel Berkaitan:

Rohizan berkata, kesemua bot pelancong bersama tekong yang ditahan, dibawa ke Pangkalan Pasukan Polis Marin Bukit Malut untuk tindakan Jabatan Laut Langkawi.