PAFA prihatin kebajikan pemain, bekas pemain

Ahmad Faizal (dua, kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak yang juga Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Datuk Shahrul Zaman Yahya (kiri) ketika melawat Ahmad Sofian semalam.
Ahmad Faizal (dua, kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak yang juga Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Datuk Shahrul Zaman Yahya (kiri) ketika melawat Ahmad Sofian semalam.
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan nasib tidak hanya kepada pemain sedia ada tetapi juga bekas pemain yang telah mengharumkan nama negeri dan negara.

Menurut Setiausaha Kehormat PAFA, Mohamad Azlin Mohd Nadzri, jasa dan pengorbanan pemain yang telah mengharumkan nama negeri dan negara juga sewajarnya dihargai semua rakyat negara ini.

"Semalam PAFA menerusi Menteri Besar Perak yang juga Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyerahkan sumbangan RM15,000 kepada bekas pemain Perak dan penjaga gol hoki negara, Ahmad Sofian Zulkifli yang akan menjalani pembedahan bagi memasang implan pada jantungnya.

"Pada masa sama Kerajaan Perak juga menyatakan komitmen untuk menyalurkan bantuan susulan yang diperlukan Ahmad Sofian.

"PAFA sentiasa prihatin terhadap kebajikan pemain dan bekas pemain kerana mereka banyak membantu menaikkan nama pasukan Perak selama ini. Diharapkan dengan bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung Ahmad Sofian sekeluarga," katanya.

Sementara itu, Mohamad Azlin berkata, PAFA akan meneliti terlebih dulu status skuad Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) negeri sebelum membuat sebarang keputusan mengenai nasib ketiga-tiga skuad berkenaan.

Menurutnya, PAFA perlu mengkaji pelbagai aspek berkaitan sebelum mengambil tindakan terbaik dalam perkara itu.

Artikel Berkaitan: