Dr Adham jawab dakwaan PKP tidak ikut undang-undang

Datuk Seri Dr Adham Baba
Datuk Seri Dr Adham Baba
A
A
A

PUTRAJAYA - Wabak koronavirus (Covid-19) dikategorikan di bawah Perkara 30, Jadual Pertama, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) iaitu 'apa-apa jangkitan microbial yang mengancam nyawa', kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menjawab dakwaan kononnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak mengikut lunas undang-undang kerana Covid-19 tidak diwartakan di bawah akta itu, beliau berkata, ia merupakan pandemik baharu yang berlaku di seluruh dunia.

"Pindaan kepada Jadual Pertama, Akta 342 bagi menyenaraikan wabak Covid-19 sebagai penyakit berjangkit perlu dibuat melalui kuasa menteri di bawah Seksyen 30, Akta 342," kata Dr Adham dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: