X

Kindly register in order to view this article
!

517 lagi kes di Singapura, jumlah keseluruhan hampir 37,000

Covid-19- Foto 123RF
A
A

SINGAPURA - Singapura hari ini mengesahkan 517 lagi kes baharu jangkitan koronavirus (Covid-19) menjadikan jumlah keseluruhan kini 36,922 kes.

Dalam satu kenyataan di sini, Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura memaklumkan data awal pada tengah hari menunjukkan kebanyakan kes masih melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

"Berdasarkan siasatan kami, setakat ini terdapat 15 kes dalam komunitii yang melibatkan dua warga tempatan atau penduduk tetap negara itu serta 13 pemegang pas kerja.

"Kesemua 15 kes kontak rapat kes positif sebelum ini dan telah dikuarantin. Mereka semua asimptomatik, dan kami perlu menjalankan ujian swab ke atas mereka bagi mengesahkan status mereka," katanya.

Menurut MOH, perincian kes-kes tersebut sedang disediakan dan hasilnya akan dimaklumkan kemudian.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan pada Rabu, Singapura mengklasifikasikan 1,696 sebagai kes komuniti, 580 kes import manakala 34,129 sebagai pekerja asing tinggal di asrama.

Sebanyak 23,582 pesakit atau kira-kira 65 peratus daripada jumlah kumulatif semalam sebanyak 36,405 telah pulih sepenuhnya.

Menurut kementerian, 12,465 pesakit yang bergejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi masih diuji positif Covid-19 telah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Setakat tengah hari semalam, 334 kes masih dirawat di hospital manakala lima ditempatkan unit rawatan rapi dan 24 meninggal dunia akibat Covid-19 di republik itu.

Dua kluster baharu dikenal pasti pada Rabu, di 12 Kwong Min Road; dan di 8, Tuas South Lane. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus