X

Kindly register in order to view this article
!

Kes positif Covid-19 di Indonesia kini 28,818 kematian 1,721

Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 28,818 kes, dengan kematian kini berjumlah 1,721 orang. Foto: 123RF
A
A

JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat kepada 28,818 kes, dengan kematian kini berjumlah 1,721 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 585 tambahan kes positif baharu dicatatkan, manakala sebanyak 23 lagi kematian berlaku dalam tempoh berkenaan.

"Seramai 13,416 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19," katanya dalam sidang akhbar hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Menurut beliau, bagi tempoh berkenaan juga, 486 pesakit telah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh dari virus itu kini berjumlah 8,892 orang. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus