Lima suspek kes pecah dua kedai hardware diberkas

Peralatan yang dicuri semasa pecah masuk kedai hardware di Kundang dan Sungai Choh Rawang.
Peralatan yang dicuri semasa pecah masuk kedai hardware di Kundang dan Sungai Choh Rawang.
A
A
A

RAWANG - Dua kes pecah masuk kedai hardware berjaya diselesaikan dengan tertangkapnya lima lelaki di dua lokasi berasingan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dua laporan polis diterima pada 1 April dan 4 April bagi kejadian di Kundang serta Sungai Choh menggunakan modus operandi sama termasuk melarikan peralatan kedai dan dua lori.

Menurutnya, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan berjaya menemukan suspek pertama dikenali Bob Kundang bersama tiga suspek yang dua daripadanya adalah warga asing malam tadi.

"Hasil soal siasat yang dijalankan pada hari sama berjaya menahan seorang lagi suspek di Sungai Buloh.

"Tangkapan tersebut berjaya menyelesaikan kehilangan dua lori berserta barang rampasan termasuk sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang digunakan suspek untuk jenayah pertama dan kedua," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Rawang hari ini.

Arifai menunjukkan lori yang berjaya ditemukan bersama tangkapan lima suspek malam tadi.
Arifai menunjukkan lori yang berjaya ditemukan bersama tangkapan lima suspek malam tadi.

Beliau berkata, polis turut menemukan tiga peket lut sinar dadah jenis syabu dan heroin serta sebuah kereta jenis Toyota Camry yang dipercayai klon semasa tangkapan dibuat.

"Kesemua suspek berumur 38 hingga 49 tahun direman empat hari sehingga Ahad ini bagi siasatan di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan. Salah seorang suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau.

Artikel Berkaitan:

"Saya yakin tangkapan ini mampu menyelesaikan beberapa kes berkaitan selain dua kes utama yang dilaporkan di Kundang dan Sungai Choh serta kecurian kereta di Putra Perdana," katanya.