8,000 daripada 200,000 kit ujian antigen digunakan

Kit ujian antigen -Foto Sumber Internet
Kit ujian antigen -Foto Sumber Internet
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 8,000 daripada 200,000 kit antigen yang diimport dari Korea baru-baru ini telah digunakan dalam saringan koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai kapasiti ujian tersebut sekitar 190,000.

"Kita menggalakkan petugas kesihatan menggunakan kit ujian antigen ketika membuat saringan," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, perolehan baharu akan dibuat sekiranya kit antigen diperlukan lagi.

"Setakat ini kita masih ada banyak stok. Di KKM sendiri pun masih ada 50,000 kit," katanya.

Sebelum ini, KKM telah mengagihkan masing-masing telah mengagihkan kit ujian antigen kepada Sabah, Sarawak, Johor dan sebahagian digunakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kit ujian tersebut telah diuji dan mempunyai ketepatan hampir 100 peratus dalam mengesan jangkitan Covid-19.

Artikel Berkaitan: