Saya masih boleh pandu kereta, kata pemandu mabuk.

Mohd Iqbal Ibrahim
Mohd Iqbal Ibrahim
A
A
A

LANGKAWI - "Saya masih boleh pandu kereta," Itulah jawapan yang diberikan oleh seorang lelaki selepas ditahan dalam Ops Mabuk pada jam 10 malam, semalam di Jalan Kelibang.

Ketua Polis Langkawi, Superintenden Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek ditahan kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

Katanya, kandungan alkohol dalam badan suspek melebihi bacaan had yang dibenarkan pihak berkuasa.

"Suspek berusia 45 tahun itu ditahan bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan ditahan reman untuk siasatan lanjut," katanya.

Mohd Iqbal turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk bagi mengelakkan tindak tegas dikenakan.

"Memandu dalam keadaan mabuk boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Artikel Berkaitan: