X

Kindly register in order to view this article
!

Daerah Petaling catat kes denggi tertinggi di Selangor

Info grafik mengenai maklumat kes demam denggi di Selangor yang dikongsikan Dr Siti Mariah di Facebooknya.
A
A

SHAH ALAM - Daerah Petaling merekodkan kes demam denggi tertinggi di Selangor dengan jumlah kumulatif sebanyak 9,376 kes antara Januari hingga 30 Mei lalu.

Daerah lain yang turut mencatatkan peningkatan kes demam denggi termasuk Klang (5,273 kes) Hulu Langat (4,590 kes) dan Gombak 4,041 kes.

Bagaimanapun, kes demam denggi di Selangor mencatatkan penurunan sebanyak 11.9 peratus dalam tempoh sama berbanding tahun lalu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, sebanyak 26,943 kes direkod dari Januari hingga 30 Mei lalu berbanding 30,583 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Menurutnya, kes mingguan turut mencatat penurunan apabila hanya 757 kes direkod pada minggu epid ke-22 berbanding 798 kes pada minggu epid ke-21.

“Tren mingguan menunjukkan penurunan kes sebanyak 5.1 peratus. Kumulatif penurunan kes denggi berbanding minggu epid yang sama tahun lalu adalah sebanyak 11.9 peratus.

“Tiada kes kematian dilaporkan pada minggu epid ke-22 menjadikan kumulatif kematian sebanyak 28 kes menyamai jumlah dalam tempoh yang sama tahun lalu,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik di Facebooknya.

Terdahulu, Dr Siti Mariah meminta mereka yang mempunyai gejala demam denggi segera mendapatkan rawatan.

Menurutnya, dalam usaha mencegah wabak koronavirus (Covid-19), langkah-langkah pencegahan denggi juga perlu termasuk memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk, membuang bekas yang boleh menakung air, air dalam pasu bunga dan bekas tadahan buang sekurang-kurangnya seminggu sekali.

“Luangkan hanya 10 minit seminggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf