Johor sedia sekolah dibuka semula

Mazlan menyampaikan Anugerah Ikon Guru Sains Sosial dan Kemanusian kepada guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benut, Bahtiar Sukkor sempena Sambutan Hari Guru peringkat negeri di Jabatan Pendidikan Negeri Johor hari ini.
Mazlan menyampaikan Anugerah Ikon Guru Sains Sosial dan Kemanusian kepada guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benut, Bahtiar Sukkor sempena Sambutan Hari Guru peringkat negeri di Jabatan Pendidikan Negeri Johor hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 35,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 1,500 calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di negeri ini akan memulakan sesi persekolahan apabila tarikh pembukaan sekolah diumumkan kelak.

Exco Pendidikan,Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, pembukaan sekolah terbabit akan mengikut keputusan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

"Kita sentiasa bersedia apa jua kemungkinan. Saya yakin dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan mengambil tindakan seperti ditetapkan KPM.

"Lagi pun sekarang juga sudah ada yang memulakan pembelajaran dalam talian antara guru dan pelajar," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Guru Cemerlang sempena Sambutan Hari Guru peringkat negeri di Jabatan Pendidikan Negeri Johor hari ini.

Hadir sama, Pemangku Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharuddin Saari.

Mazlan berkata, taklimat berkaitan pembukaan sekolah telah diberikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor kepada 11 Pejabat Pendidikan Daerah di negeri ini bermula 1 Jun lalu.

"Taklimat kepada pengetua pula akan diberikan berkaitan SOP yang ditetapkan KPM termasuk penjarakan sosial," katanya.

Artikel Berkaitan: