X

Kindly register in order to view this article
!

Gagal seludup ganja guna kurier

Johari menunjukkan kotak permainan yang dihantar bersama bungkusan ganja.
A
A

BUTTERWORTH - Cubaan seorang lelaki menyeludup ganja ke negara ini menggunakan khidmat kurier berjaya digagalkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas dia ditahan dalam serbuan Isnin lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) JKDM, Datuk Johari Alifiah berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang selepas Cawangan Narkotik bersama Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan menerima maklumat mengenai bungkusan yang mengandungi bahan mencurigakan dikirim dari Amerika Syarikat.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap bungkusan yang diikrarkan mengandungi dua kotak permainan itu menemukan empat bungkusan daun hijau yang disyaki ganja.

"Lelaki yang bekerja sebagai penyelia gedung pakaian di sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney dipercayai mengedarkan dadah itu bagi pasaran tempatan.

"Kesemua bungkusan ganja seberat 480 gram itu dianggarkan bernilai RM4,800," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Pencegahan Negeri di sini, hari ini.

Johari menunjukkan kotak permainan yang dihantar bersama bungkusan ganja.
Johari menunjukkan kotak permainan yang dihantar bersama bungkusan ganja.

Turut hadir, Pengarah JKDM Pulau Pinang, Halim Ramli.

Johari berkata, suspek kini direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengulas lanjut mengenai modus operandi menghantar dadah menerusi khidmat syarikat kurier ini dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan, Johari tindakan itu bertujuan mengelirukan pihak berkuasa kononnya kaedah berkenaan selamat.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai kepakaran dan teknologi bagi mengesan sebarang cubaan aktiviti penyeludupan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!