Razer, IWK mudahkan urusan bayaran bil

Razer Fintech dan IWK menggalakkan pelanggan untuk mendaftar perkhidmatan e-bil IWK.
Razer Fintech dan IWK menggalakkan pelanggan untuk mendaftar perkhidmatan e-bil IWK.
A
A
A

SYARIKAT teknologi kewangan, Razer Fintech menyediakan kemudahan pembayaran di luar talian kepada pelanggan Indah Water Konsortium (IWK) untuk bagi memudahkan mereka menjelaskan bil utiliti masing-masing.

Perkhidmatan tersebut disediakan di semua rangkaian kedai 7-Eleven di seluruh negara dan akan disusuli dengan rangkaian kedai 99 Speedmart.

Di samping itu, pengguna juga boleh memilih untuk membayar bil pembetungan melalui e-dompet Razor Pay bermula sekarang dengan memuat naik aplikasi berkenaan di telefon pintar mereka.

Inisiatif tersebut merupakan hasil kerjasama dengan IWK sebagai rakan perkongsian baharu bisnes Razer Fintech.

Ketua Pegawai Eksekutif Razer Fintech, Limeng Lee berkata, pihaknya komited menyampaikan solusi kewangan yang praktikal kepada orang ramai.

“Perkongsian rakan niaga akan merapatkan lagi jurang di antara saluran luar talian dengan dalam talian.

“Kita juga melihat usaha ini adalah satu langkah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan penggunaan kertas serta keselamatan orang ramai terutamanya ketika penularan koronavirus (Covid-19),” katanya dalam satu kenyataan.

Melalui terminal RMS dan infrastruktur sistem sedia ada di 2,400 kedai 7-Eleven dan 1,600 kedai 99 Speedmart, pembayaran bil IWK boleh dibuat secara tunai dan tanpa tunai.

Artikel Berkaitan:

Pelanggan hanya perlu menunjukkan bil pembetungan mereka kepada juruwang di kedai-kedai tersebut.

Bil akan diimbas dan pelanggan akan mengesahkan jumlah yang perlu dibayar serta pembayaran akan dapat dilakukan dengan mudah.

Justeru, Limeng berkata, Razer Fintech dan IWK menggalakkan pelanggan untuk mendaftar perkhidmatan e-bil IWK.

“Pelanggan yang telah mendaftar e-bil IWK boleh megakses bil mereka di hujung jari apabila kitaran bil pembetungan untuk pelanggan domestik ditukarkan kepada enam bulan sekali,” katanya.