Kilang perabot terbakar

Anggota bomba sedang giat memadam kebakaran membabitkan sebuah kilang perabot di Jalan Kereta Api Lama, Sungai Sembilang, Jeram pagi tadi. (Gambar ihsan BBP Kuala Selangor).
Anggota bomba sedang giat memadam kebakaran membabitkan sebuah kilang perabot di Jalan Kereta Api Lama, Sungai Sembilang, Jeram pagi tadi. (Gambar ihsan BBP Kuala Selangor).
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sebuah kilang perabot terbakar dalam kejadian di Jalan Kereta Api Lama, Sungai Sembilang, Jeram di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor, Penolong Penguasa Bomba, Ismail Zakariya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.20 pagi tadi sebelum 46 pegawai dan anggota dari BBP Kuala Selangor, Kapar, Bestari Jaya dan Tanjong Karang dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kebakaran membabitkan bangunan kilang perabot yang musnah 50 peratus," katanya.

Ismail berkata, pasukannya berjaya mengawal kebakaran pada jam 7.13 pagi tetapi proses pemadaman masih dilakukan sehingga kini.

"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan tetapi siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran," katanya.

Artikel Berkaitan: