Dua beradik, rakan lepas gian dalam rumah dicekup

Dadah dirampas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Sabak Bernam semalam.
Dadah dirampas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Sabak Bernam semalam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Dua beradik antara empat lelaki dicekup dalam serbuan polis di sebuah rumah di Sabak Bernam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, serbuan diketuai S Ashok Kumar itu bersama empat anggotanya itu menahan kesemua suspek pada jam 10 malam.

"Kesemua mereka berusia lingkungan 39 hingga 50 tahun yang ditahan disyaki baru melepaskan gian di dalam rumah berkenaan.

"Kita turut merampas dadah disyaki heroin seberat 60.1 dan syabu (30.4g) membabitkan nilai keseluruhan RM6,363," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, semua lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: