Lelaki tergelincir jatuh gaung

Pasukan keselamatan berjaya membawa naik mangsa sekitar 20 minit.
Pasukan keselamatan berjaya membawa naik mangsa sekitar 20 minit.
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang lelaki cedera selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter berhampiran pencawang Bukit Kayu Ara disini awal pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Pegawai Bomba Kanan 11, Abd Halim Mohd Yusof berkata, lelaki berusia 50 tahun tersebut ke lokasi jam 7.30 pagi bersama rakannya dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam gaung.

"Saya difahamkan mangsa cuba untuk naik semula ke tebing namun gagal, lalu mendorong rakannya menghubungi pasukan keselamatan.

Pasukan keselamatan berjaya membawa naik mangsa sekitar 20 minit.

Pasukan keselamatan berjaya membawa naik mangsa sekitar 20 minit.
Pasukan keselamatan berjaya membawa naik mangsa sekitar 20 minit.

"Kami menerima panggilan kecemasan jam 8.03 pagi bergegas ke lokasi bersama pasukan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti dan sebuah ambulans," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa seterusnya berjaya dibawa naik dengan alat pengusung sekitar 20 minit sebelum dibawa menaiki ambulans untuk Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah.

"Keadaan mangsa setakat ini stabil dan sedang mendapatkan rawatan lanjut di hospital sama," katanya.

Artikel Berkaitan: