Pas Melaka gesa bekukan lesen jual arak

Kamarudin (hadapan, tiga dari kanan) bersama sebahagian Jawatankuasa Badan perhubungan Pas Melaka di Seri Negeri hari ini.
Kamarudin (hadapan, tiga dari kanan) bersama sebahagian Jawatankuasa Badan perhubungan Pas Melaka di Seri Negeri hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Pas Melaka menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) membekukan lesen permit penjualan arak dan minuman memabukkan di semua premis.

Persuruhjayanya, Kamarudin Sidek berkata, Pas Melaka sudah menghantar memorandum kepada kerajaan negeri untuk tujuan itu kerana konsisten membabitkan isu arak yang meragut banyak nyawa terkorban akibat pemandu mabuk.

"Pas pada masa mendesak semua PBT tidak mengeluarkan sebarang lesen dan permit perjudian.

"Lebih penting memberi fokus utama kepada usaha menyejahterakan ekonomi rakyat yang terkesan akibat penularan pandemik koronavirus (Covid-19)," katanya pada sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Kamarudin yang juga Pegawai Penasihat Agama kepada Ketua Menteri berkata, kerajaan negeri perlu mengutamakan integriti Exco, penjawat awam dan lantikan politik bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan sekarang.

Menurutnya, Pas berharap kerajaan dapat mengurangkan birokrasi antara rakyat dan agensi kerajaan tanpa mengira latar belakang politik selain mengutamakan sektor berkaitan agama Islam sebagai pemangkin dalam urusan kerajaan dan rakyat tanpa meminggirkan agama lain.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan kemelut politik yang melanda kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN), Kamarudin berkata, situasi yang berlaku lebih kepada 'gimik' dan Pas Melaka sentiasa menyokong penuh pentadbiran di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali walaupun terdapat sedikit pergolakan politik dalam parti Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Artikel Berkaitan: