Kejohanan Piala Sultan Johor ditangguh ke 2021

Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor edisi ke-10 yang dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 10 Oktober ini ditangguhkan ke September 2021.
Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor edisi ke-10 yang dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 10 Oktober ini ditangguhkan ke September 2021.
A
A
A

KEJOHANAN Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-10 yang dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 10 Oktober ini di Stadium Hoki Taman Daya di sini, ditangguhkan ke September 2021 selepas pihak penganjur mengambil kira keadaan pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia masa ini.

Pemangku Presiden Persatuan Hoki Johor, Datuk Majid Manjit Abdullah berkata, penangguhan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

“Saya menghadap Sultan Johor hari ini dan atas nasihat Tuanku, kita tangguhkan kerana perlu mengambil kira keadaan kesihatan pemain, jurulatih dan juga penonton.

Oleh itu, tarikh baharu kejohanan bagi edisi ini telah ditetapkan pada September tahun depan (2021),” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Setakat ini, katanya empat pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan itu iaitu India, Australia, Great Britain dan Malaysia.

Bagaimanapun, dua lagi pasukan iaitu Jepun dan Jerman pula mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’. - Bernama

Artikel Berkaitan: