X

Kindly register in order to view this article
!

40 anak ular dalam pendingin hawa

Gambar hiasan
A
A

MEERUT - Sebuah keluarga di India gempar selepas menemui 40 anak ular di dalam pendingin hawa di rumah mereka.

Insiden itu berlaku di sebuah rumah di perkampungan di daerah Meerut, Uttar Pradesh hingga mencetuskan panik pada penduduk di kawasan tersebut.

Petani dikenali sebagai Shradhanand dilaporkan masuk ke biliknya dan menemui seekor anak ular di lantai.

Tanpa mengesyaki apa-apa, dia terus membuang reptilia tersebut ke luar tingkap.

Tidak lama kemudian, dia kembali semula ke biliknya untuk tidur dan kali ini menemui tiga ekor anak ular di atas katilnya dan beberapa lagi melingkar keluar dari pendingin hawa.

Ahli keluarganya bertindak membuka penutup pendingin hawa itu dan menemui kira-kira 40 anak ular di dalam saluran paipnya.

Sejurus berita penemuan menggemparkan itu, penduduk kampung mula berkumpul di rumah Shradhanand untuk melihat sendiri puluhan anak ular tersebut.

Dengan bantuan beberapa penduduk, mereka memindahkan kesemua anak ular itu ke kawasan hutan berhampiran.

Sementara itu, veterinar tempatan, Dr R K Vatsal berkata, terdapat kemungkinan ular bertelur pada saluran paip tersebut kerana pendingin hawa tersebut sudah lama tidak digunakan atau diservis. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus