Laporan polis terhadap dakwaan Lokman

 Lokman Noor Adam
Lokman Noor Adam
A
A
A

LIPIS - Satu laporan polis telah dibuat oleh PH terhadap dakwaan Pengerusi Badan Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam semalam.

Dalam dakwaan tersebut,beliau (Lokman) mendakwa PH merancang untuk menghalang pengundi-pengundi Orang Asli daripada mengundi di PRK Cameron Highlands dengan cara membeli kad pengenalan mereka.

Penolong Ketua Pusat Operasi PH Jelai, Arvind Bharet berkata, tuduhan tersebut bersifat fitnah bagi merosakkan imej PH dalam PRK tersebut.

Menurutnya, PH tidak pernah berniat atau cuba untuk ‘membeli’ undi mana-mana pihak kerana ia menyalahi undang-undang dan melanggar hak setiap rakyat di negara ini.

“Saya menggesa Lokman lihat dan bertanya kepada diri sendiri mengapa PRK ini diadakan semula.

“Malah, Menteri Besar , Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Oleh itu, jangan cuba untuk menimbulkan masalah kerana kami memerhatikan anda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan polis tersebut telah dibuat di Balai Polis Sungai Koyan oleh Arvind sendiri pada jam 2.15 petang semalam.

Dalam pada itu,Arvind juga meminta pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil langkah-langkah sewajarnya dan menyiasat dakwaan berkenaan sekaligus mengambil tindakan terhadap Lokman.

Artikel Berkaitan: