PAFA kena kaji dulu sebelum buat keputusan

Mohamad Azlin Mohd Nadzri
Mohamad Azlin Mohd Nadzri
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) akan meneliti terlebih dulu status skuad Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) sebelum membuat sebarang keputusan mengenai nasib ketiga-tiga skuad berkenaan.

Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Mohamad Azlin Mohd Nadzri, PAFA perlu mengkaji pelbagai aspek berkaitan sebelum mengambil tindakan terbaik dalam perkara itu.

"Biarpun begitu kami di PAFA akur dengan keputusan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) berkenaan pembatalan saingan Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) dan arahan pembayaran minimum 25 peratus daripada jumlah baki kontrak.

"Dalam masa sama PAFA juga perlu memastikan keperluan bagi menyediakan pasukan yang mantap bagi ketiga-tiga pasukan bagi saingan musim depan tidak terjejas kerana PAFA mempunyai perancangan jangka panjang," katanya kepada Sinar Harian semalam.

FAM sebelum ini membatalkan tiga kejohanan kelolaannya musim ini iaitu Piala Presiden, Piala Belia dan MPFL susulan pandemik Covid-19.

Sehubungan ketetapan itu, menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, setiap pasukan harus mematuhi Akta Kontrak 1950 dalam menjaga hal kebajikan pemain dan pegawai terlibat dengan membayar minimum 25 peratus daripada jumlah baki kontrak sekiranya membatalkan kontrak mereka.

Artikel Berkaitan: