Tengku Zafrul bertemu Mohd Radzi bincang pelan pemulihan ekonomi

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini bertemu dengan Menteri Kanan merangkap Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin untuk membincangkan isu-isu pendidikan bagi Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Tengku Zafrul menerusi ciapan di laman Twitter beliau berkata, antara isu-isu yang dibincangkan termasuklah proses pembelajaran dan pengajaran (TnL) dalam norma baharu, cabaran serta keperluan pembelajaran digital dan sokongan buat pelajar daripada golongan mudah terjejas.

“Pendidikan memainkan peranan utama dalam membentuk generasi yang cemerlang pada masa hadapan dan kerajaan sentiasa peka dengan situasi yang dialami sektor tersebut, terutamanya sepanjang penularan pandemik Covid-19,” katanya.

Turut hadir semasa perbincangan itu ialah wakil pengurusan kanan Kementerian Pendidikan.

Semalam, Tengku Zafrul mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan butiran terperinci mengenai ERP awal bulan ini dengan langkah-langkah seterusnya bagi menyokong aktiviti ekonomi domestik bagi tempoh Jun hingga Disember 2020.- Bernama

Artikel Berkaitan: