X

Kindly register in order to view this article
!

Dua kedai dikendali warga asing diarah tutup

Antara premis perniagaan dikendalikan warga asing yang diarahkan tutup dalam operasi dijalankan.
A
A

SHAH ALAM - Dua premis perniagaan dikendalikan oleh warga asing di Kampung Baru Seksyen U4, Sungai Buloh di sini diarah tutup hari ini kerana melanggar syarat dan peraturan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menurut Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam satu kenyataan, arahan penutupan itu dijalankan menerusi operasi bersepadu oleh anggota penguatkuasa Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Sebanyak 11 premis telah diperiksa dan hasil pemeriksaan dua premis telah diarah tutup kerana melanggar syarat dan peraturan MBSA.

"Dua premis yang diarah tutup ini dipercayai dikendalikan oleh warga asing kerana pemilik tiada di premis semasa pemeriksaan dilakukan," katanya.

Beliau berkata, selain itu sebanyak sembilan kompaun telah dikeluarkan menerusi tindakan penguatkuasaan ini.

"Satu kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang- Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MBSA) 2007 dan lapan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MBSA) 2007.

"MBSA mengingatkan semua pihak supaya mematuhi arahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini supaya dapat memutuskan rantaian Covid-19 dan mematuhi peraturan serta syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MBSA," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!