X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Muhyiddin, pegawai sertai mesyuarat pasca Kabinet negatif Covid-19

Muhyiddin Yassin
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua individu yang menyertai mesyuarat pasca Kabinet pada 20 Mei lalu disahkan negatif Covid-19 selepas 14 hari menjalani kuarantin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, susulan itu kesemua mereka yang terlibat boleh meneruskan kembali tugas mulai esok.

"Hari ini sebenarnya dah 14 hari dari hari mereka diasingkan atau dikuarantin.

"Jadi kita dah ambil ujian swab ke atas semua yang menyertai mesyuarat pasca Kabinet dan esok mereka boleh kembali bertugas seperti biasa di pejabat dan sebagainya.

"Setakat ini respons yang sangat positif dan tiada antara mereka yang disahkan positif (Covid-19)," katanya pada sidang media situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan ahli mesyuarat pasca Kabinet yang turut melibatkan Muhyiddin.

Kesemua individu termasuk Muhyiddin menjalani kuarantin selama 14 hari selepas seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat disahkan positif wabak tersebut.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, hasil ujian swab terbaharu yang dijalankan ke atas pegawai yang positif sebelum ini didapati negatif ketika ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!