X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Lebih 16,700 pekerja industri pelancongan di Jepun diberhentikan

Rakyat Jepun memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19. - Foto: AFP
A
A

TOKYO - Lebih 16,700 pekerja di Jepun terutama dalam industri perhotelan diberhentikan kesan daripada wabak Covid-19, memetik Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan lapor agensi berita Sputnik.

Menurut NHK, sejak akhir Januari hingga 29 Mei, lebih 3,700 pekerja hotel diberhentikan, 2,287 petugas syarikat mengendalikan bas pelancongan dan teksi serta 2,122 kakitangan dalam sektor lain yang berkaitan ditamatkan perkhidmatan.

Jumlah mereka yang diberhentikan kerja paling ramai dicatatkan di Tokyo iaitu seramai 2,495 orang diikuti wilayah Osaka 1,789 dan Hokkaido berjumlah 1,025.

Pada akhir Mei, jumlah pekerja menurun sebanyak 800,000 pada April, penurunan pertama dalam tempoh lebih tujuh tahun.

Jumlah mereka yang bekerja pula seramai 66.28 juta orang. Seramai 1.89 juta lagi mendaftar sebagai penganggur pada April pertambahan sebanyak 130,000 tahun ke tahun.

Angka itu meningkat untuk bulan ketiga berturut-turut. Pengangguran pada April berjumlah 2.6 peratus, iaitu 0.1 mata lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya.

Agensi berita Kyodo melaporkan pada Rabu, memetik data dikumpulkan Tokyo Shoko Research Limited, lebih 200 kes muflis didaftarkan. Jumlah hutang setiap syarikat sekitar $100,000.- Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!