X

Kindly register in order to view this article
!

Kuala Langat kawasan PKP pentadbiran terbesar

Mohd Jusni menunjukkan lokasi PKP secara pentadbiran di kawasan Bukit Changgang, Kuala Langat melibatkan keluasan 107 ekar.
A
A

KUALA LANGAT - Kawasan Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama, Bukit Changgang di sini menjadi lokasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbesar di Malaysia melalui pemasangan kawat duri terpanjang iaitu 4.1 kilometer.

Pelaksanaan PKP secara pentadbiran itu bermula semalam hingga 16 Jun berikutan seramai 20 pekerja pembersihan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) positif Covid-19 pada 28 Mei lalu.

Pegawai Daerah Kuala Langat, Mohd Jusni Hashim berkata, kawasan seluas 42.8 hektar membabitkan 1,752 rumah dengan anggaran 9,000 penduduk.

"Kawasan berkenaan dibahagikan kepada tiga zon iaitu A (480 unit kediaman), B (778 unit kediaman) dan C (494 unit kediaman).

"Keseluruhan kawasan yang terlibat dihuni 70 peratus rakyat tempatan dan 30 peratus warga asing," katanya pada sidang media di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Taman Langit Murni, Kuala Langat dikenakan PKP Pentadbiran

Mohd Jusni berkata, melalui pelaksanaan PKP itu, warga tempatan yang belum disaring dibenarkan keluar masuk tetapi maklumat mereka direkodkan manakala yang telah disaring diperintahkan untuk kuarantin di rumah selama 14 hari.

Katanya, bagi warga asing pula, mereka tidak dibenarkan keluar daripada kawasan itu..

Tambah Mohd Jusni, setakat 29 Mei lalu, 114 warga Bangladesh telah dikenal pasti mempunyai kontak rapat dengan pesakit.

"Saringan ke atas penduduk sejak 30 Mei lalu sehingga setakat semalam, sebanyak 2,250 sampel telah diambil melibatkan 1,499 warga tempatan dan 751 warga asing.

"Saringan dan pengambilan sampel daripada keseluruhan penduduk dijangka dapat diselesaikan pada Jumaat ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!