SOP buka semula sekolah diyakini mampu bendung Covid-19

Dr Noor Hisham semasa mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
Dr Noor Hisham semasa mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yakin prosedur operasi standard (SOP) untuk pembukaan semula sekolah yang telah siap dirangka mampu membendung penularan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana garis panduan tersebut telah mengambil kira semua perkara penting khususnya melibatkan penjarakkan sosial.

"Tetapi kita masih belum lagi membuat keputusan bila akan buka sekolah tersebut, tetapi SOP dan garis Panduan telah siap sedia.

"Bila saya lihat kepada pelaksanaan itu (ketika membuat tinjauan ke sekolah) saya yakin dengan sendiri bahawa SOP (pembukaan semula sekolah) yang ada (kita)dapat kita membendung jangkitan," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan sesetengah ibu bapa sekiranya sektor pendidikan khususnya apabila sekolah dibuka semula.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, ketika ini tarikh sebenar sekolah akan dibuka semula belum diputuskan lagi.

"Keutamaan (kerajaan) ialah kalau kita buka (sekolah) untuk pelajar adalah kepada pelajar tingkatan lima dan enam yang akan menduduki peperiksaan.

"Jadi jangka masa ialah dua minggu sebelum buka baru kita maklumkan kepada mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, berdasarkan SOP pembukaan semula sekolah yang dirangka KKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu, pelajar tidak dibenarkan makan di kantin, sebaliknya makan di dalam kes masing-masing.