Bimbang gelombang kedua Covid-19 palit Serie A

No Image Caption
A
A
A

NAIB Presiden Inter Milan, Javier Zanetti mengakui masih risau dengan ancaman Covid-19 apabila saingan Serie A bakal bersambung semula 20 Jun ini.

Pandemik Covid-19 yang mula melanda dunia sejak awal tahun ini menyebabkan semua saingan liga bola sepak terpaksa dihentikan dan Serie A juga tidak terkecuali.

Menurut Zanetti, dia masih berasa was-was dengan tahap sebenar penularan wabak tersebut tatkala badan pentadbir Serie A komited untuk menyambung semula saingan.

"Memang betul acara sukan di negara ini boleh bersambung semula, tetapi untuk waktu ini saya sangat berhati-hati kerana ada banyak kemungkinan boleh berlaku.

"Tertangguhnya acara sukan menyebabkan ramai pemain dan atlet menerima kesan, tetapi saya fikir lebih ramai yang jauh lebih menderita.

"Pandemik itu telah mempengaruhi seluruh dunia dan situasi ini membuatkan kita berfikir banyak tentang hal yang akan berlaku pada masa depan," katanya.

Zanetti turut berharap setiap pemain yang beraksi dalam saingan Serie A akan sentiasa menjaga keselamatan diri apabila liga bersambung nanti.

"Pemain harus memainkan peranan penting mengelakkan virus itu merebak ketika mana saingan liga bersambung nanti. Jika rasa ada yang tidak kena mengenai kesihatan, mereka harus melaporkan kepada pegawai perubatan masing-masing," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Dengan Serie A hanya berbaki 13 perlawanan, Inter yang kini menduduki tangga ketiga Serie A dijadualkan menentang Sampdoria pada 20 Jun ini.