Tarikh akhir kemuka BNCP dilanjut sehingga 30 Jun

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
A
A
A

SHAH ALAM - Tarikh akhir pemfailan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun taksiran 2019 dilanjutkan sehingga 30 Jun ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam kenyataan hari ini berkata, pertimbangan itu diberikan mengambil kira kekangan dihadapi pembayar cukai dalam melaksanakan tanggungjawab itu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan koronavirus (Covid-19).

"Pengemukaan BNCP boleh dibuat menerusi aplikasi ezHASiL atau secara manual dengan memuat turun borang di portal rasmi LHDNM.

"Bagi terus menyokong usaha membendung penularan wabak Covid-19, pembayar cukai digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya perkhidmatan dalam talian melalui platform ezHASiL bagi tujuan menghantar BNCP.

"Pembayar cukai disaran menggunakan kesempatan ini untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan tidak menunggu hingga ke saat akhir untuk memfailkan BNCP mereka,"menurut kenyataan itu.

Dalam masa sama LHDN memaklumkan, semua premisnya di seluruh negara akan ditutup sepanjang pelaksanaan PKP.

Pembayar cukai yang mempunyai sebarang masalah berhubung isu-isu percukaian, khususnya berkaitan pengisian dan pengemukaan BNCP, boleh membuat pertanyaan melalui panggilan ke Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara).

Artikel Berkaitan: