Arak cetus permusuhan agama, bangsa

PU Amin (kanan) pada Wacana Sinar Harian Siri 171 bertajuk Isu Pemandu Mabuk: Sampai Bila 'Pembunuh' Terlepas? di Karangkraf Seksyen 15 malam tadi.
PU Amin (kanan) pada Wacana Sinar Harian Siri 171 bertajuk Isu Pemandu Mabuk: Sampai Bila 'Pembunuh' Terlepas? di Karangkraf Seksyen 15 malam tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Minuman keras atau beralkohol bukan sahaja boleh membahayakan nyawa khususnya ketika memandu dalam keadaan mabuk, bahkan mampu mewujudkan masalah lebih besar membabitkan permusuhan bangsa dan agama.

Pendakwah bebas yang juga Pencetus Ummah (PU) Amin berkata, isu pengambilan arak sebenarnya turut diberi perhatian oleh semua agama melalui larangan supaya penganutnya menjauhi pengambilan arak kerana mendatangkan lebih banyak kemudaratan.

"Arak boleh menyebabkan ramai mati dan arak ini juga boleh menjadikan masyarakat menyalahkan bangsa dan agama.

"Ini yang kita sebut permusuhan dan bukan kemalangan jalan raya sahaja tetapi boleh menyebabkan negara kacau-bilau," katanya ketika bertindak sebagai panelis sempena Wacana Sinar Harian Siri 171 bertajuk Isu Pemandu Mabuk: Sampai Bila 'Pembunuh' Terlepas? di Karangkraf Seksyen 15 di sini malam tadi.

Wacana dikendalikan moderator, Amin Idris itu turut menampilkan Pensyarah Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Kulanthayan KC Mani sebagai panelis dan juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pas, Wan Rohimi Wan Daud.

Sementara itu, katanya, waris kepada mangsa maut dalam kemalangan juga perlu diberi pembelaan sewajarnya.

Beliau berkata, kesedaran orang ramai terhadap isu pemandu mabuk sehingga mengorbankan nyawa pihak lain juga ketika ini turut mendapat perhatian khalayak yang mendesak pihak berwajib mengenakan hukuman lebih berat kepada individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Bagaimanapun, Amin menjelaskan, hak orang bukan Islam terhadap pengambilan minum keras tidak dinafikan, namun ia perlu dilakukan secara terkawal.

Artikel Berkaitan:

Apa yang penting katanya, sudah tiba masa bagi semua pihak mengambil langkah proaktif berhubung isu tersebut.