X

Kindly register in order to view this article
!

MBSA pasang visual papan iklan tanda hargai petugas barisan hadapan

Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) memasang visual papan iklan dengan mesej Terima Kasih Petugas Barisan Hadapan Dalam Usaha Memutuskan Rantaian Covid–19.
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) memasang visual papan iklan dengan mesej Terima Kasih Petugas Barisan Hadapan Dalam Usaha Memutuskan Rantaian Covid–19 sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan golongan itu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad berkata, visual berkenaan dipasang di dua lokasi iaitu di Bulatan Kayangan, Seksyen 9 dan Lebuhraya Persekutuan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, petugas barisan hadapan yang terdiri daripada kakitangan pelbagai agensi kerajaan menunjukkan komitmen yang tinggi dan bertungkus-lumus menangani penularan wabak Covid-19.

"Kami harap paparan visual ini dapat meningkatkan semangat dan memberi dorongan kepada semua petugas barisan hadapan dan masyarakat perlu mengikut prosedur operasi standard dalam usaha memutuskan rantaian virus itu," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!