Alfredo Di Stefano gelanggang rasmi Real Madrid

Stadium Alfredo Di Stefano bakal menjadi venue rasmi Real Madrid bagi baki saingan musim ini.
Stadium Alfredo Di Stefano bakal menjadi venue rasmi Real Madrid bagi baki saingan musim ini.
A
A
A

REAL Madrid tidak akan menggunakan Santiago Bernabeu sebagai gelanggang rasmi skuad The Galacticos itu apabila saingan La Liga bersambung semula pada 11 Jun ini.

Sebaliknya, Presiden Real berkata, Florentino Perez, mereka akan menggunakan stadium pasukan remaja, Real Madrid Castilla iaitu Alfredo Di Stefano sebagai gelanggang rasmi bagi menghadapi baki saingan musim ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi memastikan proses penambahbaikan Santiago Bernabeu dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

"Kami telah membuat keputusan untuk bermain di Alfredo Di Stefano ketika menjadi tuan rumah kepada pasukan lawan apabila liga bersambung semula.

"Ia akan memastikan penambahbaikan gelanggang asal kami iaitu Santiago Bernabue akan siap sepenuhnya mengikut jadual," katanya.

La Liga dijangka kembali berlangsung pada 11 Jun ini selepas dihentikan selama tiga bulan akibat penularan pandemik Covid-19 yang menyaksikan liga utama di seluruh dunia ditangguhkan.

Derby Seville membabitkan pertemuan antara Sevilla dan Real Betis akan membuka tirai manakala aksi melibatkan Real bakal bermula 14 Jun dengan kelab gergasi Sepanyol itu menentang Eibar di Alfredo Di Stefano.

Artikel Berkaitan: