Pasukan EPL boleh atur perlawanan persahabatan

Pasukan boleh mengadakan perlawanan persahabatan namun perlu mengikuti syarat ketat yang telah ditetapkan oleh pihak Liga Perdana.
Pasukan boleh mengadakan perlawanan persahabatan namun perlu mengikuti syarat ketat yang telah ditetapkan oleh pihak Liga Perdana.
A
A
A

SEMUA pasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dibenarkan untuk mengadakan perlawanan persahabatan sebelum saingan liga bersambung 17 Jun ini.

Memetik laporan portal berita antarabangsa, pihak Liga Perdana membenarkan aksi persahabatan itu dilangsungkan bagi memberikan peluang pasukan bersiap sedia menghadapi perlawanan sebenar selepas berehat panjang selama tiga bulan.

"Kebanyakkan kelab sedang mengatur perlawanan persahabatan sama ada bermain di stadium atau padang latihan sebagai persiapan sebelum liga bersambung

"Bagaimanapun, kelab perlu bersetuju dengan syarat ditetapkan termasuk pasukan tidak boleh bergerak lebih daripada 90 minit daripada stadium sendiri, pemain perlu bergerak sendiri dengan kenderaan masing-masing dan pegawai pasukan akan menjadi pengadil.

"Pemeriksaan untuk menilai sebarang risiko juga akan dilakukan di tempat perlawanan persahabatan diadakan.

"Pemain juga hanya akan dibenarkan bermain selepas ujian Covid-19 mereka disahkan negatif. Selain itu, kelab juga perlu memastikan jarak sosial dipatuhi setiap masa," kata laporan itu.

Dalam masa sama, setiap pasukan EPL juga dilaporkan sudah menghubungi pasukan di Liga Kejuaraan untuk mengatur perlawanan persahabatan itu.

"Namun, timbul banyak rungutan daripada pemain yang sukar untuk kembali ke sesi latihan selain berdepan risiko kecederaan sebaik perlawanan liga bersambung," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, pegawai perubatan Liverpool, Andy Renshaw tidak menolak kemungkinan banyak kecederaan serius akan dialami pemain berikutan tiada aksi kompetitif untuk tempoh masa yang lama.

"Fakta mudah ialah badan [pemain] tidak terbiasa dengan tahap beban yang akan dikerah ketika mereka kembali beraksi dan anda dapat melihat peningkatan jenis kecederaan ligamen yang lebih serius," katanya.