Tiga geng penjenayah tumpas

Antara barang yang dirampas dipercayai digunakan penjenayah untuk menyamar sebagai anggota polis bagi melakukan samun.
Antara barang yang dirampas dipercayai digunakan penjenayah untuk menyamar sebagai anggota polis bagi melakukan samun.
A
A
A

KLANG - Polis melumpuhkan tiga kumpulan penjenayah yang terlibat kes samun dan pecah rumah dalam operasi berasingan di sekitar daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, seramai lima lelaki tempatan berusia lingkungan 29 hingga 34 tahun telah diberkas.

Bagaimanapun, katanya, seorang lagi suspek bersama seorang rakannya masih diburu kerana terlibat dalam kes samun kedai serbaneka 24 jam dengan bersenjatakan pistol tiruan.

"Dua suspek lain pula dipercayai terlibat kes samun dengan taktik menyamar sebagai anggota polis sebelum datang ke sebuah rumah dan mengambil wang tunai serta barang berharga dengan cara menggari mangsa.

"Selain itu, dua lagi suspek pula disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan melarikan barangan elektronik," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, semakan lanjut yang dibuat juga mendapati kesemua suspek memiliki rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah.

Katanya, pihaknya juga telah merampas beberapa barang membabitkan kes menyamar anggota polis antaranya tiga utas jam tangan serta sepasang gari.

"Kita percaya ada antara suspek ini telah aktif sejak setahun lalu dan ada yang mula melakukan jenayah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan serta Seksyen 457 Kanun Keseksaan.