300 tahanan warga asing jalani saringan Covid-19

Proses saringan terhadap tahanan warga asing dilakukan di Depot Tahanan Imigresen Ajil, Hulu Terengganu. Foto: Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT)
Proses saringan terhadap tahanan warga asing dilakukan di Depot Tahanan Imigresen Ajil, Hulu Terengganu. Foto: Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Walaupun Terengganu diisytiharkan pulih daripada pandemik koronavirus (Covid-19) dan kini berada di zon hijau, proses saringan terhadap kumpulan berisiko tetap dilakukan.

Terbaharu, seramai 300 tahanan warga asing di Depot Tahanan Imigresen Ajil menjalani proses saringan Covid-19 selama empat hari bermula semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Terengganu, Ungku Joha Ungku Mohamad berkata, proses saringan itu tetap dijalankan sebagai langkah pencegahan bagi mengelak berlakunya sebarang penularan.

Beliau berkata, proses saringan ini melibatkan seramai 300 tahanan dan 123 petugas meliputi pegawai imigresen, kakitangan mahkamah, pekerja pembersihan dan tukang masak.

"Sehingga hari kedua operasi, seramai 255 tahanan telah disaring iaitu 170 orang warga Indonesia dan 85 warga Bangladesh.

"Berdasarkan jumlah keseluruhan, seramai 300 tahanan akan disaring melibatkan warga Indonesia (190), Bangladesh (76), Myanmar (12), India (10), Pakistan (tiga), Filipina (tiga), Nepal (dua) dan seorang warga Sri Lanka manakala tiga lagi tidak mempunyai kewarganegaraan.

"Setakat ini, tiada kes baharu (Covid-19) direkodkan di depot tahanan terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, proses saringan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu.

Artikel Berkaitan: