Penunggang motosikal maut langgar lari

Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kerana parah di bahagian kepala.
Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kerana parah di bahagian kepala.
A
A
A

KLANG - Seorang penunggang motosikal maut dipercayai dilanggar lari sebuah kenderaan berat dalam kejadian di Persimpangan Jalan Meru-Jalan Taman Meru Jaya 2, di sini, semalam.

Mangsa, Muhammad Amirudin Mahedin berusia 22 tahun disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.01 petang itu, mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z dipercayai dalam perjalanan dari Meru ke tempat kerjanya di Setia City Mall.

Menurutnya, bagaimanapun, mangsa dipercayai telah digilis oleh sebuah kenderaan berat yang datang dari arah yang sama.

"Kemalangan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Orang ramai yang melihat kejadian diminta salurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fadli Ismail di talian 017-2141318 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: