Penduduk ingkar penjarakan sosial dihukum kebumikan korban Covid-19

Individu yang melanggar perintah penjarakan sosial bakal berdepan hukuman seperti mengebumikan korban koronavirus (Covid-19) atau membersihkan tempat awam. - Foto EPA
Individu yang melanggar perintah penjarakan sosial bakal berdepan hukuman seperti mengebumikan korban koronavirus (Covid-19) atau membersihkan tempat awam. - Foto EPA
A
A
A

JAKARTA - Penduduk di wilayah Jawa Timur yang didapati ingkar arahan pematuhan penjarakan sosial bakal berdepan hukuman mengebumikan mayat mangsa koronavirus (Covid-19) atau membersihkan tempat awam.

Jawa Timur menyaksikan lonjakan jangkitan, menjadikannya kawasan kedua terburuk dilanda wabak di negara itu.

Di Tuban dan Sidoarjo, pentadbiran di kedua-dua daerah berkenaan giat mengendalikan pusat pemeriksaan untuk memantau pergerakan keluar masuk ke daerah itu.

"Alternatif lain untuk sekatan sosial bagi individu yang melanggar penjarakan sosial berulang kali adalah menjadi sebahagian daripada pasukan yang mengebumikan mayat pesakit Covid-19.

"Penjual dan pelanggan yang tidak memakai topeng muka di pasar pula akan diminta pulang," kata ketua daerah Tuban, Fathul Huda seperti dilaporkan Arab News.

Sidoarjo yang merupakan salah sebuah daerah yang mencatatkan jangkitan tertinggi virus di wilayah itu turut mengenakan peraturan sama.

Tuban dan Sidoarjo adalah sebahagian daripada bandar Surabaya di wilayah Jawa Timur yang mengenakan sekatan sosial berskala besar dan berpanjangan.

Sekatan itu dijangka tamat pada 8 Jun ini selepas ia dilanjutkan sebanyak tiga kali sejak hujung April lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: