X

Kindly register in order to view this article
!

Semoga keluarga mendiang Aik Mong tabah

Hantaran akaun Instagram Istana Negara, hari ini.
A
A

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas jaguh badminton negara, Tan Aik Mong yang meninggal dunia pada usia 70 tahun akibat kanser hati, semalam.

Menzahirkan rasa dukacita dan sedih dengan pemergian mendiang, Al-Sultan Abdullah berharap keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.

“Jasa, bakti serta sumbangan mendiang kepada negara, khususnya kepada sukan badminton Malaysia, amat dihargai dan pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar pada negara.

“Mendiang merupakan seorang legenda yang telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa pada tahun 1960-an dan 1970-an,” demikian menurut hantaran akaun Instagram Istana Negara hari ini.

Laporan Sinar Harian berkaitan pemergian mendiang Tan Aik Mong semalam.
Laporan Sinar Harian berkaitan pemergian mendiang Tan Aik Mong semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: Legenda badminton Malaysia, Tan Aik Mong meninggal dunia

Selain muncul juara acara perseorangan lelaki Kejohanan Seluruh England pada 1966, pencapaian terbesar mendiang ialah merangkul pingat emas dalam acara sama pada Kejohanan Badminton Asia 1971 di Jakarta.

Mendiang turut membantu Malaysia meraih gelaran naib juara kejohanan Piala Thomas pada 1970 di Kuala Lumpur dan merangkul dua pingat perak dalam Sukan SEAP 1973 (kini Sukan SEA) di Singapura.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu turut memegang pelbagai jawatan dalam Persatuan Badminton Malaysia termasuk sebagai Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat pada 2013. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!