Covid-19: Wuhan uji hampir 10 juta penduduk

Penduduk beratur menunggu giliran untuk menjalani ujian Covid-19 di Wuhan, China. - Foto AFP
Penduduk beratur menunggu giliran untuk menjalani ujian Covid-19 di Wuhan, China. - Foto AFP
A
A
A

WUHAN - China menjalankan ujian koronavirus (Covid-19) ke atas hampir 10 juta penduduk dalam masa dua minggu di bandar raya Wuhan dengan hanya ratusan kes positif dilaporkan.

Menurut pegawai berkuasa, lebih 9.8 juta individu di bandar yang mempunyai populasi penduduk seramai 11 juta orang itu telah diuji antara 14 Mei lalu dan semalam.

Daripada jumlah itu, 300 kes yang positif adalah melibatkan pesakit tanpa gejala.

"Angka ini menunjukkan bahawa Wuhan kini adalah sebuah bandar raya yang selamat," kata Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Kebangsaan China, Feng Zijian.

Dalam pada itu, pakar kesihatan awam dari Universiti Sains dan Teknologi Huazhong Wuhan, Lu Zuxun turut mengesahkan tiada individu asimtomatik yang menjangkiti orang lain.

Sebelum ini, pihak berkuasa China mendakwa pusat awal pandemik itu telah berjaya mengawal wabak.

Bagaimanapun, pegawai perubatan yang bimbang dengan gelombang kedua kes melancarkan program pemeriksaan selepas jangkitan baharu muncul buat kali pertama sejak bandar raya terbabit dibuka semula pada April setelah lebih dua bulan dikenakan lockdown. - AFP

Artikel Berkaitan: