Orang ramai ditegah kunjung-mengunjung Aidilfitri

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Masyarakat dilarang sama sekali kunjung-mengunjung sempena Hari Raya Aidilfitri walaupun secara lazimnya disambut selama sebulan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana orang ramai masih tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengingatkan masyarakat walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri secara lazimnya disambut selama sebulan tetapi kita masih tertakluk kepada PKPB.

"Kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 sekiranya norma dan kelaziman baharu ini dijadikan satu amalan," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Sementara itu, dalam sidang akhbar sama hari ini, Dr Noor Hisham memaklumkan kemungkinan besar Kluster Pangsapuri di Cheras berkaitan dengan aktiviti kunjung mengunjung sebelum dan semasa Hari Raya Aidilfitri.

Setakat ini, enam kes positif direkodkan di kawasan itu di mana tiga kes merupakan penghuni pangsapuri tersebut manakala tiga kes lagi di luar kawasan pangsapuri berkenaan.

Artikel Berkaitan: