Nak mabuk sangat...kan dah kena tahan

Kesemua mereka ditahan dan dikenakan kompaun selepas melanggar syarat PKPB.
Kesemua mereka ditahan dan dikenakan kompaun selepas melanggar syarat PKPB.
A
A
A

GEORGETOWN - Seramai 16 individu termasuk dua wanita ditahan selepas didapati melepak sambil meminum minuman keras dalam sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.45 malam itu, mereka dilihat tidak berganjak dari meja makan sebuah kafe walaupun premis itu telah ditutup pada jam 10 malam seperti syarat kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Difahamkan, pengawal keselamatan telah beberapa kali menegur dan mengarahkan mereka untuk beredar kerana mahu mengunci pintu namun mereka langsung tidak menghiraukan arahannya.

Bagaimanapun, kesemua mereka terpaksa 'angkat kaki' selepas sepasukan anggota polis yang melakukan pemantauan Op Covid-19 datang ke lokasi berkenaan.

Pasukan pemantau yang diketuai Ketua Polis Balai Pulau Tikus, Asisten Superintenden Mohd Iskandar Ismail menahan mereka selepas didapati melanggar syarat dan garis PKPB dengan melakukan aktiviti sosial.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun dan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk tindakan lanjut.

"Kesemua mereka diberikan kompaun dan peringatan agar tidak lagi melanggar SOP PKPB sebelum dibenarkan pulang," katanya.

Artikel Berkaitan: