Gerai durian tepi jalan dibuka semula di Pulau Pinang

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancang Bandar dan Desa Jagdeep Singh Deo (kanan) melihat durian yang diisi di dalam bekas yang ditunjuk oleh pemiliki kedai durian Ah Teik (dua, kanan) semasa melakukan pemantaun di gerai durian sepanjang Lorong Susu agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan hari ini.
Peniaga durian di tepi jalan boleh beroperasi mulai hari ini dengan syarat pelanggan tidak dibenarkan makan di situ dan isi durian diletakkan di dalam bekas.-fotoBERNAMA
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancang Bandar dan Desa Jagdeep Singh Deo (kanan) melihat durian yang diisi di dalam bekas yang ditunjuk oleh pemiliki kedai durian Ah Teik (dua, kanan) semasa melakukan pemantaun di gerai durian sepanjang Lorong Susu agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan hari ini. Peniaga durian di tepi jalan boleh beroperasi mulai hari ini dengan syarat pelanggan tidak dibenarkan makan di situ dan isi durian diletakkan di dalam bekas.-fotoBERNAMA
A
A
A

GEORGE TOWN- Peniaga durian di Pulau Pinang boleh membuka semula perniagaan mereka di tepi jalan bermula hari ini, sebahagian daripada Strategi Pemulihan Berperingkat negeri, menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo.

Bagaimanapun Jagdeep berkata, semua pemilik gerai harus mematuhi dengan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan, untuk membuka semula gerai mereka.

Katanya dalam fasa pembukaan semula gerai, pelanggan hanya boleh membuat pesanan untuk dibawa pulang daripada penjual durian di tepi jalan dan peniaga hanya boleh menjual durian yang telah dibungkus dalam bekas.

“Pelanggan masih tidak dibenarkan makan di gerai tepi jalan,” katanya kepada wartawan di sebuah gerai durian tepi jalan di Lorong Susu, di sini.

Jagdeep berkata pembukaan semula gerai durian tepi jalan adalah langkah berperingkat ke arah merancakkan semula ekonomi yang terhenti sejak bermulanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"(Ekonomi) akan cergas semula, tetapi semuanya bergantung (apabila perniagaan dibuka semula) bagaimana (kita melakukannya),” katanya.

Sebelum dibenar berniaga, penjual durian berlesen menjual durian di pasar basah awam, sembilan daripadanya terletak di pulau itu.

Katanya terdapat sekitar 100 gerai durian tepi jalan di Pulau Pinang.-Bernama

Artikel Berkaitan: