Lelaki pecah masuk kedai ditangkap

Polis merampas wang tunai berjumlah RM1,700 dengan tertangkapnya seorang lelaki yang cuba pecah masuk sebuah kedai di Bandar Tasik Puteri, Selangor, hari ini.
Polis merampas wang tunai berjumlah RM1,700 dengan tertangkapnya seorang lelaki yang cuba pecah masuk sebuah kedai di Bandar Tasik Puteri, Selangor, hari ini.
A
A
A

GOMBAK - Seorang lelaki yang memecah masuk sebuah kedai di Bandar Tasik Puteri di sini pagi tadi diberkas orang awam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, suspek berusia 30 tahun ditahan kira-kira jam 5.30 pagi.

"Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati orang awam telah menangkap suspek dan mengepung lokasi terbabit.

"Pemeriksaan lanjut menemui satu bungkusan plastik berisi wang tunai berjumlah RM1,700 dan beberapa kad tambah nilai yang dipercayai hasil curi di kedai terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, terdapat beberapa kesan kecederaan di badan suspek sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Batu Arang untuk rawatan lanjut.

Katanya, suspek telah direman empat hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: